Wednesday, June 22, 2011

Kata-kata sikit.hehe.

Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah...:)
wanita CANTIK:
=melukis kekuatan melalui masalahnya
=tersenyum di saat tertekan
=tertawa di saat hati sedang menangis
=tabah di saat terhina
=mempersona kerana memaafkan
=mengasihi tanpa meminta belas
=bertambah kuat dalam doa&pengharapan illahi..
 

Friday, June 17, 2011

FACEBOOK IS BORING !

Dulunya saya suka nak komen-komen, kacau-kacau wall Facebook kawan saya. But now, Apabila saya membaca status mereka dan melihat gambar di Facebook, Saya tak kisah pun, suka pun tidak dan komen pun tidak. Malah, apabila saya mempunyai beberapa pandangan tentang sesuatu di wall mereka ini dan benar-benar mahu menyuarakan pandangan saya, saya biarkan saja perasaan tu. Saya bukan orang yang rajin komen sana sini. Seperti itu dan ini. Haha.

Mungkin, saya mesra dan mudah didekati tetapi tidak socialable with people outside my circle. Apa yang ia bermakna, saya tidak berinteraksi dengan orang-orang yang tidak cliques saya melainkan mereka memulakan ia first.
Jadi, for those who have been removed as a friend or else i just ignored their friend request of my Facebook. Sorry taw..hehe.

Now i know why saya dah tak interested dengan Facebook sekarang ini kerana cemburu lihat kawan-kawan berkasih sayang dengan kekasih mereka.. Hehe. Btw, i'm happy for those. senyUm!! ^^,

My Wishlist ! ! !

tup tup ku terlihat camera nie kat blog someone..adUhh! terpaut da nan camera ini! Serius cOmell sangat2..ade macam2 pattern lak tu.. HELLO KITTY plak tu! sape tak terpaut..KartOn comell yang paling ku Suke! HaDOi! apa lagi, ku terus berangan-angan nak beli camera ciut miut nie yang lagi comey momey..
aku nie dahlah bile sudah nakkan sesuatu.mesti aku nak jugak dapatkann walaupun cam ne sekali pun..susah la gini! Ku tanya gak kat kawan-kawan ku, tak sowang pun tahu..dowang pun bukan minat bende2 cam nie cam akuh..ekeke...Tapi serius ciut sangat!! uhhh! ku rasa nak beli sekarang jugak taw.
Dengan tak sabar nye, pe lagi...ku pun mengusha-usha la kat pokcik Google kot-kot ada ke..perhh!bile jumpe baru ku tahu hargenye memangla TERBAEK!!(gaye boboboi)hahaha.//
Susah la gini...haish!sebab dalam pada searching pasal camera ini kat internet baru ku tahu yang hargenye beratus-ratus hengget..harge die around RM200-RM300 jugak la.film die mahal kot..
mati-mati ingatkan harge die tak sampai seratus pun..ummm...tapi ku tetap berhasrat nak penuhi harapan ini! ehehehe..berusaha je dari sekarang, tu yang penting..Cume, ku kene bersabar je dulu..Aja-aja Fighting!!Tink2! >.<
Pufff.......baru searching yang terbaru..harge die mencecah RM500 gak la...hadooi! Tapi camera nie memang ciut! haish...wang wang cepatlah ada-adakan..hukhuk. Ohh.baru ku teringat, camera nie penah ku lihat dalam satu drama korea la..hehe.My favourite Drama ohh..hehe.. Rasenye camera nie memang style Korea la..sebab yang comei momei semuanyew kan datang dari Korea..ish! OMG OMG! Ape pun xBOleh! haha!

Thursday, June 9, 2011

Otak kata Jangan, Hati pula kata Ya.

Saat ini ku masih berteduh dari Hujan yang turun..macam biase kita dengar, "sediakan Payung sebelum hujan".. Ku  dah bersedia untuk ape jua yang ku akan hadapi selepas ini..Tapi ku tak tahu sampai bila ku mampu bertahan meneduh diri sendiri dari terkena hujan yang turun jatuh terus ke bumi..
Ku tak tahu sampai bila ku leh menanggung semua ini...

Ku sanggup berhujan agar tak siapa tahu ku sedang menangis, sedih yang tak tertanggung..Tetapi, dengan menangislah ku mampu mencari secebis kekuatan untuk lalui semua ini..
Aku belajar untuk kesekian kali, hidup memang tak akan pernah lurus, namun demikian, sesulit apapun, sesusah perit mana pun tetaplah berjalan, dan tetaplah untuk berusaha. Kerna pasti ada jawapan dari semuanya….Ku tahu Dia tak akan pergi kemana, selalu mengiringi langkah ku..
Lagi Sekali, ku fikirkan sedalam-dalamnya..Fikir untuk berterus terang atau teruskan simpan sampai bila-bila..Dan akhirnya ku mencari kekuatan untuk melepaskan segala apa yang tersimpan dalam hati ku..
Ku menjaga segala kata-kata agar sikit pun tak buat dia tersinggung..Biarlah apa pun nak jadi, asalkan ku nak tahu pe yang dia patut tahu..tulah yang ku fikir berkali-kali.. Ku dah nak rebah dah bila memikirkan ini seharian.. Sebenarnya ku tak sekuat yang dilihat orang..Ku tak mahu dia lihat ku terlalu lemah tanpa dia..
Tapi lebih baik berpura-pira kuat dari tunjuk yang diriku terlalu lemah..Ku tak mahu dia terlalu susah hati atau risaukan ku...Cukuplah sekadar dia tahu ape yang ku rase selami ini...

Dah ku luah segalanya pada dia..Ku tak harap apa-apa, tapi syukurlah sebab dia boleh terima seadanya..terima apa pun yang ku cakap.. Syukur Alhamdulillah segalanya mudah dan tak semudah ku tak sangka pun..Ya Allah, terima kasih kerana meringankan segala yang berat untukku..
Mulanya ku tak jadi nak bagitahu kat dia..tapi entah macam mana ku telah pun melepas segalanya, melalui sms malam tadi..
Ye, ku memang masih ada perasaan kat dia..
Memang agak memalukan kerana ku meluahkan rasa apa yang ku rasa..Bukan ke ku perempuan..
Tapi ku takut kehilangan dia, jadi lebih baik ku bagi dia tahu apa yang ku rasa sebelum terlambat..Ku tak harap apa-apa, cukuplah dia terima apa yang ada..terima apa yang ku luahkan..
Macam nak menangis..ummm..tapi memang dah nangis pun..Sedih untuk ku katakan semuanya..sebab rasa sayang ku kat dia..rasa ambil berat ku pada dia lah ku boleh menangis..
Ku tahu dia tak mampu untuk dengar luahan ku kan..tapi kenapa dia nak aku jujur..
Ku dah jujur pada diri...
Dan ku harap dia pun jujur pada diri dia..dia memang seorang kawan yang baik..juga orang yang ku kasihi selepas mak abahku..
Kalaulah dia nak pergi dari hidupku..Ya Allah, kuatkanlah semangat ku agar mampu ku terima apa sahaja yang telah engkau takdirkan..
Cuma, ku masih terfikir-fikir ngan apa yang dia kata "Kalau A rasa B berbaloi, A besabarlah, Mungkin ada 1 hari nanti"
Umm...tapi sekarang ku hanya tunggu sahajaah apa yang telah tertulis untukku...Ku mohon yang terbaik darimu..

Hanya padamu ku mampu memohon keampunan atas segala dosa-dosaku...Ampunkanlah ku Ya Allah..
Ku mohon agar kau kurniakan hati yang suci untukku..Hanya dia yang ku nantikan..
Ya Allah, ku mohon agar kau permudahkan perjalanan hidupnya..Ku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk dia..
Ku tahu, Kau mengetahui segala yang terjadi, dah jadi dan akan terjadi masa hadapan di muka bumi mu ini..
Yang ku mampu, hanya memohon yang sakinah mawaddah dan rahmah..yang diredhai olehmu...
Ku mahukan kejayaan untuknya..Ya Allah, makbulkanlah segala apa yang diimpikan..kalau dia nak belajar, mudah-mudahan dia dapat masuk "U" yang dia inginkan...Kalau dia minta kerja, permudahkanla dia agar diterima dimana dia minta..Kau sihatkanlah tubuh badannya.. Hindarkanlah dia dari segala kejahatan yang ada di muka bumi mu ini Ya Allah..Sesungguhnya kau lah yang maha mengetahui..
Terangkanlah hati dia..jika jalannya susah dan sukar, sesusah dan sesukar kau beikan, kau mudahkanlah untuk dia..Kuatkan semangat dia..
Ya Allah..yang ku pinta hanyalah kebaikan darimu untuk kami..
Ku cuba nak mengubah diri ku lebih baik dari sebelum ini..Taubatmu yang ku mahu..
Hubungan sesama manusia yang engkau redhai...Aminn..

Saturday, June 4, 2011

Risau.!!

Masa cuti sem nie lah dapat rehat dari fikir pasal belajar..Ku penat..semua orang mesti rase macam tu kan..ku rase nak tido je sebab ku bosan..hidupku bosan je nie..sepi btul!!
Tiba-tiba pulak, didatangkan berita yang kurang menyenangkan hati..ahhh...tensi betul la..risau, risau, risau..
Result final, risau!! dapat tak ku lulus?? Tapi, ku rasa ku dah wat semampu ku, ku wat de sebaik mungkin..ku study mati-mati..langsung tak ingat pape. Pe yang ku ingat ha..haih.
Risau...Tapi lame lagi der nak kuar result tu..dah nak masuk sem baru nak kuar..alOh...
Ya Allah..permudahkanla jalan hambamu ini Ya Allah...Sesungguhnya, kau lah yang menentukan segalanya..
Mudah-mudahan ku lulus...Ku hanya nak mak abah gembira dengan pencapaian ku setakat ini..Walaupun ku tak penah bagi pe yang mereka harapkan.. Setakat pencapaian yang ade sekarang ini, moge mereka bahagia walaupun bukan "universiti" yang diharapkan..
Ku perlukan semangat untuk menempuh liku-liku hidup ini.. Payah nak lalui ini semua, tapi ku tahu Allah takkan menguji hambanya lebih dari kemampuannya..Dia tahu yang ku mampu, kerana itu ku diberi tanggungjawab seberat ini...
Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar..Amin Ya Rabbal Alamin.....

Ikutkan Hati Mati, Ikutkan Rasa Binasa.

Mungkin benar yang ku terlalu ikutkan hati..
Mungkin juga benar kerana ku terlalu memikirkan..
Senyap itu indah..
Tapi ketawa itu bahagia..Senyum itu lagi cantik dari murung..
Terlalu banyak fana yang harus ku lalui..Hanya memohon kekuatan dari Allah sahaja ku mampu lakukan, agar ku bisa menempuh segalanya..
Kebelakangan ini hati ku tak sedikit terasa tenang..hmm..ada saje rase tidak senang kunjung di hati ini..
Ya Allah..jika ini adalah ujian darimu untukku..kau berikanlah ku kekuatan untuk menempuh segala liku kehidupan ini..
Terkadang ku merasa diri ini semakin kerdil di bawah mu..terlalu kerdil untuk hidup diatas muka bumi mu ini ya Allah..Sesungguhnya ku tahu, Engkau mngerti segalanya..
Ku hanya mahu menjaga segala tutur kata dan tingkah lakuku agar tidak menyinggung hati sesiapa sahaja..Biarlah ku sengsara agarkan mereka bahagia..
Ku tak mahu senyuman yang terukir bukan ikhlas datang dari hati..tapi ikhlas dan tulus dari hati yang suci..
Sememangnya kau yang maha mengetahui segalanya..Mudah-mudahan apa yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukku datang dari restumu..
Ku tak mahu mengotori hatiku dengan berprasangka buruk terhadap sesiapa..cukuplah dengan apa yang ada sekarang..ku bersyukur..