Thursday, June 9, 2011

Otak kata Jangan, Hati pula kata Ya.

Saat ini ku masih berteduh dari Hujan yang turun..macam biase kita dengar, "sediakan Payung sebelum hujan".. Ku  dah bersedia untuk ape jua yang ku akan hadapi selepas ini..Tapi ku tak tahu sampai bila ku mampu bertahan meneduh diri sendiri dari terkena hujan yang turun jatuh terus ke bumi..
Ku tak tahu sampai bila ku leh menanggung semua ini...

Ku sanggup berhujan agar tak siapa tahu ku sedang menangis, sedih yang tak tertanggung..Tetapi, dengan menangislah ku mampu mencari secebis kekuatan untuk lalui semua ini..
Aku belajar untuk kesekian kali, hidup memang tak akan pernah lurus, namun demikian, sesulit apapun, sesusah perit mana pun tetaplah berjalan, dan tetaplah untuk berusaha. Kerna pasti ada jawapan dari semuanya….Ku tahu Dia tak akan pergi kemana, selalu mengiringi langkah ku..
Lagi Sekali, ku fikirkan sedalam-dalamnya..Fikir untuk berterus terang atau teruskan simpan sampai bila-bila..Dan akhirnya ku mencari kekuatan untuk melepaskan segala apa yang tersimpan dalam hati ku..
Ku menjaga segala kata-kata agar sikit pun tak buat dia tersinggung..Biarlah apa pun nak jadi, asalkan ku nak tahu pe yang dia patut tahu..tulah yang ku fikir berkali-kali.. Ku dah nak rebah dah bila memikirkan ini seharian.. Sebenarnya ku tak sekuat yang dilihat orang..Ku tak mahu dia lihat ku terlalu lemah tanpa dia..
Tapi lebih baik berpura-pira kuat dari tunjuk yang diriku terlalu lemah..Ku tak mahu dia terlalu susah hati atau risaukan ku...Cukuplah sekadar dia tahu ape yang ku rase selami ini...

Dah ku luah segalanya pada dia..Ku tak harap apa-apa, tapi syukurlah sebab dia boleh terima seadanya..terima apa pun yang ku cakap.. Syukur Alhamdulillah segalanya mudah dan tak semudah ku tak sangka pun..Ya Allah, terima kasih kerana meringankan segala yang berat untukku..
Mulanya ku tak jadi nak bagitahu kat dia..tapi entah macam mana ku telah pun melepas segalanya, melalui sms malam tadi..
Ye, ku memang masih ada perasaan kat dia..
Memang agak memalukan kerana ku meluahkan rasa apa yang ku rasa..Bukan ke ku perempuan..
Tapi ku takut kehilangan dia, jadi lebih baik ku bagi dia tahu apa yang ku rasa sebelum terlambat..Ku tak harap apa-apa, cukuplah dia terima apa yang ada..terima apa yang ku luahkan..
Macam nak menangis..ummm..tapi memang dah nangis pun..Sedih untuk ku katakan semuanya..sebab rasa sayang ku kat dia..rasa ambil berat ku pada dia lah ku boleh menangis..
Ku tahu dia tak mampu untuk dengar luahan ku kan..tapi kenapa dia nak aku jujur..
Ku dah jujur pada diri...
Dan ku harap dia pun jujur pada diri dia..dia memang seorang kawan yang baik..juga orang yang ku kasihi selepas mak abahku..
Kalaulah dia nak pergi dari hidupku..Ya Allah, kuatkanlah semangat ku agar mampu ku terima apa sahaja yang telah engkau takdirkan..
Cuma, ku masih terfikir-fikir ngan apa yang dia kata "Kalau A rasa B berbaloi, A besabarlah, Mungkin ada 1 hari nanti"
Umm...tapi sekarang ku hanya tunggu sahajaah apa yang telah tertulis untukku...Ku mohon yang terbaik darimu..

Hanya padamu ku mampu memohon keampunan atas segala dosa-dosaku...Ampunkanlah ku Ya Allah..
Ku mohon agar kau kurniakan hati yang suci untukku..Hanya dia yang ku nantikan..
Ya Allah, ku mohon agar kau permudahkan perjalanan hidupnya..Ku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk dia..
Ku tahu, Kau mengetahui segala yang terjadi, dah jadi dan akan terjadi masa hadapan di muka bumi mu ini..
Yang ku mampu, hanya memohon yang sakinah mawaddah dan rahmah..yang diredhai olehmu...
Ku mahukan kejayaan untuknya..Ya Allah, makbulkanlah segala apa yang diimpikan..kalau dia nak belajar, mudah-mudahan dia dapat masuk "U" yang dia inginkan...Kalau dia minta kerja, permudahkanla dia agar diterima dimana dia minta..Kau sihatkanlah tubuh badannya.. Hindarkanlah dia dari segala kejahatan yang ada di muka bumi mu ini Ya Allah..Sesungguhnya kau lah yang maha mengetahui..
Terangkanlah hati dia..jika jalannya susah dan sukar, sesusah dan sesukar kau beikan, kau mudahkanlah untuk dia..Kuatkan semangat dia..
Ya Allah..yang ku pinta hanyalah kebaikan darimu untuk kami..
Ku cuba nak mengubah diri ku lebih baik dari sebelum ini..Taubatmu yang ku mahu..
Hubungan sesama manusia yang engkau redhai...Aminn..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.